Sunday, 10 February 2019

SET SWEET DREAM TASNEEM NATUREL




ANAK MERAGAM WAKTU MALAM, SUSAH NAK TIDUR. MAMA PUN BOLEH MEROYAN KALAU SETIAP MALAM MACAM NI !!!



Kawan mama pernah cerita yang anak sedaranya susah tidur malam, kalau tidur pun keja-kejap bangun dan menangis. So, mama pun cadangkan dia beli Set Sweet Dream (Calm balm dan Sleep Balm) mana le tahu kot-kot serasi dengan anak sedaranya.





Lepas 2 hari guna, kawan mama pun dengan tersenyum riang bagi tahu yang anak sedaranya (Firas) serasi dengan balm Tasneem Naturel dan dapat tidur dengan lena.

Ni wassap dari ibu Firas πŸ‘‡πŸ‘‡

Testimoni Calm Balm + Sleep Balm Tasneem Naturel😊😊😊


Kat bawah ni pun feedback customer mama setelah menggunakan Set Sweet Dream Tasneem Naturel pada anak kesayangan mereka


TAK TERJAGA-JAGA MALAM LAGI, BANGUN MINUM SUSU JE
===================================================

Terima kasih sangat sebab Alhamdulillah dengan izin Allah balm calm dan balm sleep banyak membantu. Firas da kurang meragam menangis-nangis dan yang lebih bersyukur sangat sebab Firas dah boleh tidur malam. Tak jaga malam lagi, bangun minum susu je dan tidur pun lebih lama
(Pn Fatimah. Bukit Piatu, Melaka)


KURANG MERAGAM WAKTU MALAM
===============================

Alhamdulillah anak kurang meragam waktu malam. Tidur pun nyenyak. Tidur tak nak bangun.
(En Mohd Khairudin. KL)


GOSOK-GOSOK BALM, KEJAP JE DAH TIDUR
=====================================

Alhamdulillah, buat masa ni Nampak serasi. Abang dia umur 2 tahun pun pakai juga, Nampak berkesan. Gosok-gosok balm sleep tu kejap je da tidur.
(Pun Nur Syazwani. Bukit Katil, Melaka)


MALAM SEKALI JE BANGUN
========================

Alhamdulillah kalau malam tu sapu, dia lena tidur. Malam sekali je bangun.
(Pn Hani Zarin. Port Dickson)


Bagi mama bukan keuntungan perkara utama, tapi yang lebih mengembirakan ialah dapat membantu ibu-ibu yang memerlukan dan dengan izin Allah  balm Tasneem Naturel dapat memberi manfaat kepada ibu bapa.



Kepada ibu-ibu yang baca post ni, kalau berminat dengan balm Tasneem Naturel, boleh le klik πŸ‘‡


                         





Wednesday, 19 December 2018

Perjalanan bersama Tasneem Naturel



 Assalamualaikum..



Alhamdulillah, hari ni 19 Dis 2018 genap 3 bulan 2 hari mama bersama Tasneem Naturel sebagai TNRanger atau ayat mudah sebagai agen/pengedar Balm Tasneem Naturel.

Macam tak percaya je bila kenang semula dalam tempoh 3 bulan ni macam-macam perubahan dalam hidup mama. Seorang guru yang tak de langsung experience berbisnes malahan tak minat pun nak berbisnes sebelum ni. Disebabkan ujian yang Allah uji dalam kehidupan mama dan family maka mama tekad nak melakukan sesuatu bagi menambah pendapatan keluarga. Sehinggalah suatu hari mama terbaca status kawan nak cari dropship Balm Tasneem Naturel.


Langkah pertama mama lakukan ialah beli satu CF Rub balm. Kebetulan masa tu anak2 lelaki mama memang tengah batuk2 so memang tepat le waktunya. Mama apply balm CF Rub pada Adam dan Alif.


Balm pertama yg mama beli


Alhamdulillah dengan izin Allah mereka serasi dengan balm Tasneem. Lebih-lebih lagi pada Adam yang memang ada semput sejak kecil. Bau balm yang wangi dan tak melekit membuatkan anak-anak mama suka sangat guna balm ni dan yang penting ianya tak panas macam balm *****  yang mereka selalu guna..

Ini le Adam



Mama bersyukur sangat saya ditemukan dengan leader Nurul Hidayah yang byk membantu dan memberi sokongan serta Exec leader Mak Aida yang banyak memberi panduan, motivasi dan inspirasi kepada team MomQhalif. Dari hari ke sehari mama semakin bersemangat dalam bisnes ni.


Bersama Leader Nurul Hidayah


Bersama Exec Leader Syuhaidah (Mak Aida)


Langkah kedua mama ialah placed order dr HQ untuk pegang stok. Alhamdulillah, 2 minggu mama join bisnes ni mama berjaya menjual 16 balm. Siapa sangka rezeki Allah dari sumber yang tak pernah mama bayangkan sebelum ni.
Sesungguh Allah berfirman dalam surah Al Insyirah ayat 5 & 6



Bonus bulan pertama mama tekad bagi pada mak mama (nak ambil berkat le).

Alhamdulillah perjalanan mama bersama bisnes ni memang dimudahkan Allah. Mama sentiasa mengikut apa saja nasihat dan buat task  (Tak semua task le...) yang diberi oleh leader dan mak Aida.

Bulan kedua (Oktober) mama berjaya jual 21 balm dan bulan ketiga (November) berjaya jual 32 balm serta mempunyai 3 dropship/agen di bawah mama seterusnya melayakkan mama melonjak satu langkah (senior agen). Sekali lagi mama sangat bersyukur ke hadrat Ilahi atas rezeki yang memang tak disangka2.

Sehingga coretan ini ditulis, mama telah menjual 16 balm.. Alhamdulillah.. Allah telah dorong hati orang2 untuk beli balm dengan mama. Terima Kasih ya Allah.

Sekian saja coretan mama kali ni, Terima kasih kerana sudi baca....

Jumpa lagi pd posting yang lain.. Insha Allah..πŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ

Masa Grand Launching Tasneem Naturel x Omar Hana



Friday, 14 December 2018

Marketing Langit & Inner power




Alhamdulillah..baru selesai kelas coaching dengan exec leader Mak Aida (momqhalif).. Tengok tajuk pun dah teruja apalagi pengisiannya sangat menarik. Jom baca apa pengisian kelas coaching malam ni.


Apa tu Marketing Langit? 


Apa yang kita buat untuk tarik rezeki dari Allah. Yakin dengan konsep rezeki bahawa segala rezeki atas keizinan Allah bukan sebulat2nya atas usaha kita


Amalan harian yang perlu kita buat :


1. Solat sunat Dhuha

Kalau boleh jangan tinggal.  Jadikan amalan kita sehari-hari.


2. Surah Al Waqiah

Baca surah Al Waqiah setiap pagi atau kalau tak sempat mp3/apps Quran dan dengar.


3. Zikir Ya Wahhab 1000 kali


4. Zikir Istinjak -
buat secara istiqamah pasti akan rasa sesuatu.
Zikir Istinjak

Permulaan baca 100x utk setiap zikir

If kita baca tak rasa apa2, gandakan kepada 300x


5. Jurnal Kesyukuran
    
     Sediakan satu buku. Setiap pagi (seeloknya  lepas subuh) tulis 10 perkara yang kita    bersyukur sangat apa yang kita dapat  semalam dan hari ni. 


Jurnal kesyukuran

Kesimpulannya amalan2 ni siapa boleh buat lebih, buatlah.
Yang penting konsisten.
Kualiti lebih baik dr kuantiti

Biarlah orang cakap kalau kita buat semua ni utk tarik rezeki.
Kita doa supaya one day Allah jadikan setiap niat kita tu ikhlas kerana Allah
Dari kita lansung tak buat apa2. Rugiiiiii



Seterusnya ialah cara nak aktifkan RAS.



Apa tu RAS?


RAS (Recticular Activating System) ialah organ di otak manusia yang tapis / menarik perkara yang kita fikir dan mencari bukti apa yang kita fokus.

Cth : 

"aku rasa lemaulah dalam business"

Makanya RAS akan aktif dan cuba mencari bukti utk buktikan apa yg kita fokus atau fikirkan tadi adalah BENAR
Jadi mulalah kita nampak faktor2 utk buat kita lemau
Makanya, benda tu jadi kitaran

Cara nak aktifkan RAS kita fokus pada perkara positif


1. Teknik Affirmation
    
  • Teknik untuk kuatkan keyakinan diri kita
  • Self Talk (cakap dengan diri sendiri) untuk beri keyakinan pada diri sendiri.
      Mulakan dengan buat teknik pernafasan dulu.. tarik nafas, tahan diperut dan hembus perlahan di mulut. Buat sampai dapat feel tenang.. 

          Kemudian cakap di depan cermin

contohnya:  

                        AKU KAYA

                        AKU BAHAGIA

                        AKU MUDAH JUAL BALM


           Kalau kita selalu buat teknik ni kita akan fokus apa kita cakap dan RAS akan cari bukti apa yang kita fokuskan
  • Yang paling penting doa, usaha dan yakin
 



2. Teknik Visualization

  • Teknik kuasa bayangan

  • Bayangkan apa yang kita nak

Contoh : Sebelum tidur bayangkan esok prospek pm kita, deal ngn prospek, prospek bank in kat kita, kita tengah bungkus balm dan seterusnya closed sales

Visual yang positif dapat latih sel2 otak utk berfungsi sesuai dgn apa yg kita bayangkan dan secara perlahan2 proses ni mendorong tubuh fizikal bergerak sama seperti apa yg kita visualkan

  • Visual kan secara terang dan nyata boleh gunakan (where, when, who, why, what & how) utk bg kita bayangkan dgn lebih jelas

  • Semestinyalah kena doa, usaha dan yakin


3. Teknik WAVE
    (Write Affirmation Visualization Everyday)

  • Gabungan teknik Affirmation dan Visualization tapi dengan cara menulis dalam buku apa yang kita nak (target) dan apa yang minda kita fikir.. adakalanya suara biawak terlintas dalam fikiran kita..tulis je kemudian kita potong (delete) umpama kita delete dr fikiran kita..
  • Buat setiap hari, kalau terskip buat kena buat double iaitu 42 kali utk satu sesi.

Teknik WAVE


4. Teknik Vision Board

  • Macam teknik visualization juga. Tulis apa yang kita aim dalam masa terdekat.
  • Tulis pada vison board background warna kuning dan tulisan warna merah. 2 warna ni     adalah warna yang minda kita boleh tangkap dengan cepat. Cari gambar apa yang kita nak capai, tampal dan tulis bila kita nak capai (bulan dan tahun).

Vision Board
  • Letak vision board di tempat yang selalu kita nampak. Subconscious mind akan interpret data    dan mendorong fizikal kita bergerak kepada apa yang kita nak capai



Last sekali ialah TEKNIK BERCAKAP DENGAN BALM


  • Buat teknik pernafasan (3x)
  • Istighfar (7x)
  • Selawat atas nabi (7x)
  • Zikir Lailahaillah (7x)
  • Sedekahkan Al fatihah pada diri kita (1x)
  • Ambil balm dan cakap2 dengan balm (belek2 balm) 
  • Tarik nafas, hembus perlahan2 dan let go


Panjang lebar dah saya menulis.. Banyak sebenarnya ilmu yang saya dapat dari kelas coaching malam ni.. Moga perkongsian ni dapat memberi manfaat pada anda yang membaca..

Sekali lagi terima kasih kepada Exec Leader Mak Aida mencurahkan ilmu pada malam ni.

Terima kasih juga pada anda yang membaca posting ni sampai abis. Kita jumpa lagi di posting yang lain...bye.. Assalamualaikum



Wednesday, 6 April 2011

Lama  da x update blog... Banyak betul perkara yang dilakukan dalam minggu ni... Anak2 pun x berapa sihat..Kesian Adam...demam dan semput...kak qila lak sakit gigi....minggu depan kena cabut gigi...mama lak yang seriau anak nk cabut gigi..takut....

Tuesday, 29 March 2011

Alhamdulillah..akhirnya berakhir Bengkel Utiliti JU EMIS Negeri Melaka kt BTP Skudai. Banyak pengisian yang di terima..Walaupun penat at last dapat juga siapkan tugasan yg di beri....Seronok dapat berkongsi maklumat dengan kawan2 JU dr sekolah lain...

Tak sabar nak blk jumpa si kecil..kesian dia..semalam tunggu mama balik keje kat pintu...duk sini rindu kt anak2..kalo duk umah jd tarzan marahkn ank2..macam tu le resam idup ni....apa-apa pun moga2 aku menjadi seorang ibu yang terbaik kepada anak2, isteri dn anak yg solehah, pekerja yang berdedikasi dn akhirnya hamba Allah yang solehah..Amin...

Sunday, 27 March 2011

Ari ni kena g kursus kat JB 4 two days. Lame da tak g kursus tinggalkan anak-anak kt baby sitter. Anak yg sulung exam lak tu minggu depan...x apat nk guide dia wat revision..Apa nak buat kadang-kadang pasal kerja kita kena berkorban...Moga anak-anak faham...